Friday, July 30, 2010

Simpan Dinar Emas Untuk Menunaikan Fardhu Haji

“Pelaburan emas fizikal paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 70 dinar tapi tahun 2009 hanya perlu 21 dinar sahaja. “
Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas dalam trend penurunan. Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa naik, kalau kita perhati secara purata emas naik sekurang-kurangnya 30% setiap tahun.. Ok, kita lihat kiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar..
KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H pada tahun ini dibuka sekarang. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
27/10-6/12 KT AWAL (42hari) RM19,870
6/11-17/12 KT AKHIR (42hari) RM18,980
(sumber : HajiUmrah.com)
Kos haji meningkat setiap tahun tu. Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji menerusi Dinar terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000, biaya haji sekitar 70 Dinar tetapi tahun ini 2009/2010 hanya sekitar 21 Dinar sahaja diperlukan dimana ia mengalami penurunan purata 12% setahun.
Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam.
Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.
Kesimpulan,
Mari kita menyimpan mula dengan menyimpan 1 Dinar dengan harga RM570 (24 July 2010) mulai hari ini dan simpan setahun paling kurang 2 atau 3  keping. Cara best simpan emas, guna teknik Ar-Rahnu..
Harga Dinar Tahun 2004 = RM212
Harga Dinar 1 April 2010 = RM557
Harga Dinar 1 Mei 2010 = RM560
Harga Dinar 24 July 2010 = RM570

No comments:

Post a Comment