Friday, July 30, 2010

Permainan emas – Kaedah Ar-Rahnu+GIA

Permainan EMAS
Terdapat 3 jenis emas di Malaysia
Barang Kemas: Rantai, Gelang, Cincin, Subang.
Emas Fizikal: Terdapat pelbagai emas fizikal yang dijual di Malaysia. Public Gold, Pam Suisse, Kijang Emas, Kuwait Gold (sekadar menyebut beberapa contoh)
Emas Akaun (GIA): Gold Investment Account (Public Bank atau Maybank)
Ar- Rahnu: Sistem Pajak Gadai melalui kaedah islamik. Boleh di dapati di Agro Bank, Bank Rakyat dan Bank Islam
Belajar Teknik Ar- Rahnu + GIA
Harga semasa (3 July 2010,6:00 pm – refer www.kitco.com)
Item Harga
100g 13984
50g 7025
20g 2823
10 dinar 5782
5 dinar 2904
1 dinar 583
Katakan modal anda adalah emas fizikal (999.9) seberat 100g berharga RM13,984.
Secara puratanya, kenaikan emas akan memberi keuntungan paling maksimum 20% (2009= kenaikan 35%). Untuk andaian kali ini, kita jangkakan kenaikan 1 thn adalah 20%. Lantas pada hjg thn nanti nilai keuntungan emas 100g ini adalah RM2,796.80
Jumlah nilai emas anda pada masa itu adalah RM16,780.80
TETAPI, jika anda RAJIN+ BERUSAHA+SABAR , anda akan mendapat lebih lagi keuntungan. Jom ikut langkah ini satu persatu.
Langkah- langkah:
Pajak 100g ini dengan kaedah Ar- Rahnu (saranan saya Agro Bank, sebab Agrobank terima Gold Bar & Gold Coin)
Nilai bagi 1 gram emas untuk Agro Bank ialah RM126/g.
Agro Bank memberi peluang kepada pemajak untuk memajak daripada serendah 50% sehinggalah 75%. Untuk permainan ini, saya andaikan meminjam dengan kadar 60% daripada Agro Bank. Nilai pajakan ditunjukkan di bawah:
Kadar Pinjaman Ar- Rahnu. RM126 segram
Item (g) 50% 55% 60% 65% 70% 75%
100 6300 6930 7560 8190 8820 9450
50 3150 3465 3780 4095 4410 4725
20 1260 1386 1512 1638 1764 1890
Upah Simpan 1%(daripada nilai marhum)
Item (g) 50% 55% 60% 65% 70% 75%
100 63 69.3 75.6 81.9 88.2 94.5
50 31.5 34.65 37.8 40.95 44.1 47.25
20 12.6 13.86 15.12 16.38 17.64 18.9
Upah Simpan 1%(daripada nilai marhum) – Upah simpan (x 11bulan)
Item (g) 50% 55% 60% 65% 70% 75%
100 756 831.6 907.2 982.8 1058.4 1134
50 378 415.8 453.6 491.4 529.2 567
20 151.2 166.32 181.44 196.56 211.68 226.8














Step Pertama:
Pajak emas 100g = mendapat RM7,560
Step Kedua:
1)       Cari nilai emas yang boleh dibeli dengan RM7,560
Item Harga
100g 13,984
50g 7,025
20g 2,823
10 dinar 5,782
5 dinar 2,904
1 dinar 583
2)     Beli 50g dengan nilai RM7,025
3)       Baki: 7,560-7,025 = rm535 (simpan 1)

Step Ketiga:
1)       Pajak emas 50g = mendapat RM3,780
2)       Cari nilai emas yang boleh dibeli dengan nilai RM3,780
Item Harga
100g 13984
50g 7025
20g 2823
10 dinar 5782
5 dinar 2904
1 dinar 583
3)       Beli 20g dengan nilai RM2,823
4)       Baki: 3,780-2,823+(simpan 1 =535)= RM1,492 (simpan 2)
Step Keempat:
1)       Pajak emas 20g = mendapat RM1,512
2)       Cari nilai emas yang boleh dibeli dengan nilai RM1,512+(baki simpan 2)=RM3,004
Item Harga
100g 13,984
50g 7,025
20g 2,823
10 dinar 5,782
5 dinar 2,904
1 dinar 583

3)       Beli 20g dengan nilai RM2,823
4)       Baki: 3,004-2,823= RM181 (simpan 3)
Step Kelima:
1)       Pajak emas 20g = mendapat RM1,512
2)       Cari nilai emas yang boleh dibeli dengan nilai RM1,512+(baki simpan 3)=RM1,693
3)       Cari nilai emas yang boleh dibeli dengan nilai RM1,693
Item Harga
100g 13,984
50g 7,025
20g 2,823
10 dinar 5,782
5 dinar 2,904
1 dinar 583
4)       Beli 2 dinar dengan nilai RM 1,166 (digalak tidak memajak)
5)       Baki: 1,693-1,166=RM527
Baki RM574 tadi, saya galakkan untuk dimasukan ke dalam GIA (kadar nilai GIA lebih rendah kerana ia hanya penyata akaun emas semata- mata. Bukanlah emas fizikal)
Gold Investment Account (PUBLIC BANK)
Gold Investment Account as at 02/07/10 3:45 PM

Selling Price Buying Price
1 gram RM 128.6700 RM 123.6900
So, dgn baki RM574, anda boleh membeli 4g = RM514.68
Baki bersih:  RM12.32 (ini dikira pada akhir proses pembelajaran nanti)


Jumlah emas yang anda ada sekarang ialah:
100g, 50g, 20g x 2 unit, 2 dinar dan 4g(GIA).






















After 1 year bermain emas.
Seperti yang saya katakan tadi, kenaikan emas adalah minimum 20%.
Item Harga Beli Harga Selepas kenaikan 20% Jumlah
100g 13984 2769.80 16753.80
50g 7025 1405 8430
20g 2823 564.6 3387.60
20g 2823 564.6 3387.60
2 dinar 583 116.60 1399.2
4g (GIA) 514.58 102.94 617.52
Tapi, anda harus ingat. Anda mempunyai aset ini berdasarkan hutang2 anda dengan Agro Bank. Jadi, masa untuk membayar telah tiba. Kadar Pinjaman Ar- Rahnu. RM126 segram
Item (g) 50% 55% 60% 65% 70% 75%
100 6300 6930 7560 8190 8820 9450
50 3150 3465 3780 4095 4410 4725
20 1260 1386 1512 1638 1764 1890











Upah Simpan 1%(daripada nilai marhum)
Item (g) 50% 55% 60% 65% 70% 75%
100 63 69.3 75.6 81.9 88.2 94.5
50 31.5 34.65 37.8 40.95 44.1 47.25
RM5063.4820 12.6 13.86 15.12 16.38 17.64 18.9
Upah Simpan 1%(daripada nilai marhum) – Upah setahun (x 11 bulan)
Item (g) 50% 55% 60% 65% 70% 75%
100 756 831.6 907.2 982.8 1058.4 1134
50 378 415.8 453.6 491.4 529.2 567
20 151.2 166.32 181.44 196.56 211.68 226.8















Jadi, langkah- langkah berikut perlu di ikuti:
1st) Jual emas GIA dan mendapat RM617.52
2) Jual 2 dinar emas dan mendapat RM RM1,399.20
3) Duit di tangan sekarang adalah RM2,016.72 (langkah 1+2)
4) Tebus 20g anda dengan nilai RM2,016.72
Pinjaman 1,512
Upah Simpan (1 tahun) 181.44
Jumlah Bayaran 1,693.44
5)       RM2,016.72 – RM1,693.44 = RM3,23.28
6)       Jual 20g dan mendapat RM3,387.60.
Jumlah duit di tangan sekarang ialah RM3,387.60+ RM323.28 = RM3,710.88
7)       Tebus 20g anda dengan nilai RM3,710.88
Pinjaman 1,512
Upah Simpan (1 tahun) 181.44
Jumlah Bayaran 1,693.44
5)       RM3,710.88 – RM1,693.44 = RM2,017.44
6)       Jual 20g dan mendapat RM3,387.60
7)       Baki sekarang ialah RM2,017.44 + RM3,387.60 = RM5,404.04
8)       Tebus 50g anda dengan nilai RM5,404.04
Pinjaman 3,780
Upah Simpan (1 tahun) 453.6
Jumlah Bayaran 4,233.6
9)       RM5,404.04 – RM4,233.60 =RM1,171.44
10)    Jual 50g dan mendapat RM 8430
11)    Jumlah duit ditangan ialah = RM9,601.44
12)    Tebus 100g anda dengan nilai RM9,601.44
Pinjaman 7,560
Upah Simpan (1 tahun) 907.2
Jumlah Bayaran 8,467.2
13)    RM9,601.44 – 8,467.20 =RM1,134.24
14)    Jual 100g anda dan mendapat nilai RM 16,753.80
15)    Jumlah duit ditangan sekarang ialah : RM16,753.80+RM1,134.24+RM12.32 (baki bersih) = RM17,900.36
Mengira keuntungan:
MODAL: RM13,984
Selepas 1 TAHUN: 17,900.36
KEUNTUNGAN BERSIH: 28%!
WALAUPUN IANYA NAMPAK LECEH (BYK PERINGKAT), TETAPI IANYA BOLEH DILAKUKAN DALAM MASA 2 JAM SAHAJA!
RAJIN BERUSAHA, BANYAKLAH UNTUNG. TETAPI KALAU NAK BIARKAN SAHAJA, TETAP JUGA UNTUNG
Renung- renungkan. Ilmu yang baik dikongsi bersama
Sekadar info tambahan:
  • Minimum untuk membeli emas GIA adalah 5g (info daripada Public Bank)

  • Menyimpan baki duit pajak didalam GIA lebih baik daripada disimpan di bank untuk mengelakkan perbelanjaan. Hehe

  • Simpan Dinar Emas Untuk Menunaikan Fardhu Haji

    “Pelaburan emas fizikal paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 70 dinar tapi tahun 2009 hanya perlu 21 dinar sahaja. “
    Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas dalam trend penurunan. Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa naik, kalau kita perhati secara purata emas naik sekurang-kurangnya 30% setiap tahun.. Ok, kita lihat kiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar..
    KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
    Tahun 2002:-
    1 Dinar = RM140
    Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
    Jumlah = RM9,100.00
    Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
    Tahun 2009:-
    1 Dinar = RM502
    Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
    Jumlah = RM9,036.00
    Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
    “Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

    Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H pada tahun ini dibuka sekarang. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
    27/10-6/12 KT AWAL (42hari) RM19,870
    6/11-17/12 KT AKHIR (42hari) RM18,980
    (sumber : HajiUmrah.com)
    Kos haji meningkat setiap tahun tu. Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji menerusi Dinar terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000, biaya haji sekitar 70 Dinar tetapi tahun ini 2009/2010 hanya sekitar 21 Dinar sahaja diperlukan dimana ia mengalami penurunan purata 12% setahun.
    Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!
    Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam.
    Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.
    Kesimpulan,
    Mari kita menyimpan mula dengan menyimpan 1 Dinar dengan harga RM570 (24 July 2010) mulai hari ini dan simpan setahun paling kurang 2 atau 3  keping. Cara best simpan emas, guna teknik Ar-Rahnu..
    Harga Dinar Tahun 2004 = RM212
    Harga Dinar 1 April 2010 = RM557
    Harga Dinar 1 Mei 2010 = RM560
    Harga Dinar 24 July 2010 = RM570

    Lebih mahal disimpan lama (di petik dari Akhbar Kosmo Online,27 July 2010)

    DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas. Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting. Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga. Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.
    “Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik. “Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual,” terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.
    Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
     Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi. Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan. Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.
    “Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus,” beritahunya. KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.
    Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah. Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
    “Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia. “Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing,” terangnya. Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.
    Konsep kekayaan Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan. “Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman. “Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang,” terangnya bersungguh-sungguh.
    Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi. Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan. “Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya. “Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal,” jelasnya. EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.
    Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit. Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan.
    Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan. Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh. Mas kahwin Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
    Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka. Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan. “Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat. “Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama,” jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa). NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.
    Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas. Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh. “Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

    Sunday, July 11, 2010

    Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… maklumlah, kita baru melangkah ke tahun baru.
    Ada buat matlamat tahun baru tak? Saya pasti anda ada matlamat tahun baru..
    Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?
     Jika jawapan anda adalah Ya… tahniah!
    Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… anda tau tak?
    Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya :)
    Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,
    kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money

    Rakyat Malaysia dan Wang.

    Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).
    Betul tak?
    maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
    Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?

    Ringgit Malaysia – wang kertas kita
    Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!
    Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.
    Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

    Fungsi-Fungsi Wang.

    Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:
    1. Sebagai unit nilai:
        Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
        Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
        Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.
    2. Media Pertukaran:
        Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
        dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
        Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
        anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
        Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
        dengan barangan yang mereka jual.
    3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
        Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
        Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
       Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
       maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.
    4. Sebagai penyimpan nilai:
        Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
        Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
        hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
        Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
        menjadi penyimpan nilai yang baik.
    Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

    Wang Fiat Ringgit Malaysia.

    Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.
    Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
    Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:
    1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
    Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
    11.   “Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”  (petikannya di sini)
    Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…
    2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
    Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
    Contohnya amat mudah:
    Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.
    Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?
    Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?
    Memang sah tak bagus :(
    Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.

    Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842
    Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.
    Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

    Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:


    Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.
    Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

    Kesimpulan:

    Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.
    Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.. :)
    Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.
    Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
    Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting
    Wang =  Emas
    Simpan wang = Simpan emas