Thursday, October 7, 2010

Ringkas Tapi Berbaloi

Salam untuk sahabat pembaca semua dan salam keemasan, tajuk RINGKAS TAPI BERBALOI...
Berikut adalah senarai harga emas untuk dikongsi bersama,
 
Harga Dinar Tahun 2004 =  RM212
Harga Dinar 1 April 2010 = RM557
Harga Dinar 1 Mei 2010 =  RM560
Harga Dinar 24 July 2010 = RM570
Dan Harga Dinar pada hari ini  07 Oktober 2010 = RM629
 http://publicdinar.com/ 
 http://publicgold.com.my/

Untuk makluman,harga emas kini semakin melambung tinggi
berikutan kejatuhan dolar Amerika. Anda boleh tengok
di laman web kitconet di bawah:
http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif

Siapa yang ada menyimpan emas, dia semakin selamat kewangannya.
Pelaburan emas mampu selamatkan wang kita untuk jangka masa
panjang kerana harganya yang sentiasa menaik untuk tempoh jangka
masa panjang.

" Kawan saya, membeli 3 ketul bar emas bernilai RM12 ribu setiap
satu pada Ramadhan tahun lepas. Hari ini, selepas hampir setahun,
harga emas naik! Dulu seketul bar emas yang dibeli adalah RM12k,
tapi hari ini harganya sudah menjadi RM15k! Kenaikan 25% dalam
setahun..Dan harganya akan naik lagi selepas hari ini."
Dan saya juga membuat pelaburan dengan emas!

Saya laburkan dalam pelaburan emas. Ianya mampu
menyelamatkan nilai mata wang saya.
Anda bila lagi.....??????????????? Ayuh mulakan sekarang......
Hubungi saya untuk keterangan lanjut 0197023121

Tuesday, October 5, 2010

5 SEBAB KENAPA PERLU MELABUR DALAM EMAS

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.



. Low - USD 255.39
· High - USD 1214.80
· Kenaikan emas selama 10 tahun = 375.66%
· Purata kenaikan emas selama setahun = 37.57%


Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

4) Aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes. 5) Tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

*apalagi sahabat semua, mulalah dari sekarang, anda pasti tidak akan rugi dan menyesal*

Monday, October 4, 2010

Simpan Dinar Emas Untuk Menunaikan Fardhu Haji

“Pelaburan emas fizikal paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 70 dinar tapi tahun 2009 hanya perlu 21 dinar sahaja. “
Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas dalam trend penurunan. Keadaan ini terjadi kerana nilai emas yang sentiasa naik, kalau kita perhati secara purata emas naik sekurang-kurangnya 30% setiap tahun.. Ok, kita lihat kiraan kos haji pada tahun-tahun yang lepas berdasarkan dinar..
KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H pada tahun ini dibuka sekarang. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
27/10-6/12 KT AWAL (42hari) RM19,870
6/11-17/12 KT AKHIR (42hari) RM18,980
(sumber : HajiUmrah.com)
Kos haji meningkat setiap tahun tu. Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji menerusi Dinar terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000, biaya haji sekitar 70 Dinar tetapi tahun ini 2009/2010 hanya sekitar 21 Dinar sahaja diperlukan dimana ia mengalami penurunan purata 12% setahun.
Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam.
Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.
Kesimpulan,
Mari kita menyimpan mula dengan menyimpan 1 Dinar dengan harga RM570 (24 July 2010) mulai hari ini dan simpan setahun paling kurang 2 atau 3  keping. Cara best simpan emas, guna teknik Ar-Rahnu..
Harga Dinar Tahun 2004 = RM212
Harga Dinar 1 April 2010 = RM557
Harga Dinar 1 Mei 2010 = RM560
Harga Dinar 24 July 2010 = RM570
Salam sejahtera,
Alhamdulillah, dapat juga saya lapangkan masa untuk menulis artikel berkenaan dengan tajuk di atas. Hari ini merupakan hari yang sangat sibuk, minggu yang sibuk kerana dua benda.. Ramai org membeli emas & pengumuman Public Gold membuat promosi khas kepada mereka yang berminat menjadi agent. Untung wo sapa yang amik kesempatan ke atas promosi ini.. Kalau kira balik, sepatutnya kos untuk menjadi agent sekarang kira-kira RM42,000 (20g + 50g + 100g + 1 Dinar + 5 Dinar + 10 Dinar). Tepuk dada tanya selera masing-masing.. =)
Ok, berbalik kepada isu di atas, semestinya di antara sebagai ibu bapa agak risau, resah memikirkan nasib anak-anak kita masa depan. Yer lah, kalau anak hanya seorang bebannya tidak terasa tapi bagi sesetengah ibu bapa yang mempunyai banyak anak ini merupakan FOKUS utama yang difikirkan hari-hari dalam kehidupan mereka.
Melihatkan potensi market/ekonomi negara yang agak slow, di tambah lagi dengan kerisauan pelabur ASB (etc Sime Darby rugi 1.6 Billion… sedikit sebanyak memberi kesan kepada pulangan dividen) semakin menyulitkan keadaan. Syukur alhamdulillah, Public Gold telah memberikan satu option atau pilihan yang amat menarik yang mana agak sukar kita nafikan tentang kehebatan atau kelebihan pelaburan emas.
Berdasarkan harga emas sekarang yang mampu dimiliki serta faktor luaran yang sangat memberikan impak kepada kenaikan harga emas seperti kestabilan politik dunia tidak menentu, demand emas dari seluruh negara di dunia semakin banyak, kemerosotan mendadak USD serta Euro. Bayangkan sejak harga paling rendah tahun ini sekitar March 2010 sehingga sekarang, kenaikan adalah sebanyak 10% iaitu daripada RM128/gram pada bln Mac kepada RM141/gram sekarang.

Tahukah anda, tahun lepas 50gram adalah berharga sekitar RM6,000 sahaja
Memberi contoh kalau kita membuat tindakan membeli sekeping 50gram pada hari ini berharga RM7,085 kepada anak kita yang berusia 5 tahun sekarang pada tahun 2010: 


Kenaikan harga emas: 25% setahun (purata)
Tempoh: 13 tahun ( sehingga anak kita berusia 18 Tahun)
Harga emas 13 tahun kemudian (2023) :
2010 7,085.00
2011 8,856.25
2012 11,070.31
2013 13,837.89
2014 17,297.36
2015 21,621.70
2016 27,027.13
2017 33,783.91
2018 42,229.89
2019 52,787.36
2020 65,984.20
2021 82,480.26
2022 103,100.32
So, tunggu apa lagi.. Buatlah keputusan bijak anda sekarang!~ =) Hubungi saya 019-7023121 jika berminat membeli