Wednesday, March 10, 2010

BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya".
..
Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya.
..Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai "proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali, kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.
..Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini:
..MATLAMAT DIKECILKANSeringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!
..Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10 ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan, matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan.
..
TINGKATKAN KEKUATAN TENAGASering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalahkerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dantubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.
..
Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.
..
Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan hariinya.
..
Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.
..
Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.
..Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di Barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.
..Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yangsememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!
..SUARA POSITIF
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini. Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.
..Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.
..Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita gembira!
..Mereka yang optimis akan...- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya memperbesarkan suatu maslaah.
..
Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Merekasering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masasilam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebihproduktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadiseperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!
..
PRINSIP 80-20
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!
..Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
..
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda dapat menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
..Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!
..
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.
..Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
..Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!
..

10 Tabiat Mudah Menabung

Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung?
Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah!
..
Nizamsurf telah menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini.
..
Tabiat #1: Berhenti merokok
“Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu.” --Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28
..
Nizamsurf: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!

Tabiat #2: Bawa bekalan ke tempat kerja
“Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu.”--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36
..Nizamsurf: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!
..Tabiat #3: Cuci kereta sendiri
“Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu?
Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta.” --Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26
..Nizamsurf: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.
..Tabiat #4: Beriadah di rumah“Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan.”--Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25
..
Nizamsurf: RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu.
..Tabiat #5: Bayar bil kredit kad pada masanya“Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi.”--Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23
..Nizamsurf: Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun.
..Tabiat #6: Ajar anak anda sendiri“Saya mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah, berusia antara tujuh hingga 11 tahun. Saya ajar mereka sendiri daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen. Saya dapat jimatkan kira-kira RM360 sebulan.”--Puan Kannan, penulis bebas. Umur: 42
..
Nizamsurf: Sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat menabung RM4,320 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti.
..Tabiat #7: Lepak di gerai “teh tarik” daripada di restoran yang mahal
“Dulu saya dan kawan-kawan saya suka melepak di restoran yang trendy pada hujung minggu dan kami menghabiskan hampir RM50 setiap minggu. Sekarang, kami lepak di gerai teh tarik dan membelanjakan hanya RM10 seminggu. --Sofiana, pelajar. Umur: 18
..Nizamsurf: Belilah barangan tempatan dan jimatkan RM2,080 setahun.
..Tabiat #8: Kurangkan penggunaan elektrik“Keluarga saya sentiasa cuba mengurangkan penggunaan elektrik di rumah kami. Kami gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Kami berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 kepada RM120 sebulan.”--Puan Cheah, suri rumah. Umur: 47
..
Nizamsuf: Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1,320 setahun.
..
Tabiat #9: Rancang pembelian barangan dapur“Apabila saya membeli barangan dapur, saya sentiasa berbelanja melebihi jumlah yang diperuntukkan dengan membeli keropok, minuman dalam tin dan gula-gula. Tahun ini, saya berusaha untuk mengikut senarai yang saya buat dan berjaya menjimatkan RM80 sebulan.”--Dina, penjual bunga. Umur: 33
..
Nizamsurf: Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM960 setahun.
..Tabiat #10: Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian
“Saya bayar hampir kesemua bil saya menggunakan kemudahan Internet. Saya dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan.”--Rajesh Nair, Jurutera Perisian. Umur: 28
..Nizamsurf: Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. Tetapi berhati-hati ketika menggunakan Internet.
..Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit dan bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk melabur di pasaran modal!

10 Cara Untuk Menjadi Jutawan

Apa yang diperlukan ialah sedikit disiplin dan kesabaran. Berikut adalah beberapa tip untuk memulakannya hari ini.
..1. Kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan pelaburan.

2. Sediakan bajet dan ikutinya.


3. Tingkatkan IQ kewangan anda.

4. Lakukan sumbangan ke dalam alat pelaburan anda pada kadar yang tetap.

5. Mulakan satu perniagaan secara sambilan untuk meningkatkkan pendapatan dan ambil kesempatan ke atas pengurangan cukai.

6. Kelilingi diri anda sendiri dengan orang yang mempunyai pemikiran yang sama yang percaya dan menyokong matlamat anda.

7. Dapat akauntan bertauliah seperti CPA dan juga beberapa penasihat yang boleh dipercayai.

8. Tetapkan matlamat jangka pendek dan panjang.

9. Buatkan satu komitmen untuk menjadi seorang jutawan.

10. Mulakan sekarang. Masa adalah rakan baik anda apabila ia berkaitan dengan pelaburan.

Pelaburan Emas Manakah Yang Terbaik?

Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik / sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan anda.
.
Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas / membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak?
.
  • Modal anda besar atau kecil?
  • Ada masalah menyimpan tak?
.Posting ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran sama ada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.
.1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?
.Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:
.1. Syiling emas
2. Gold bar
.
Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.
.
Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibelidan dijual balik.
.Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz). Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:
.
- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin

.Pilihan ketiga:

a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)
.
Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)

.
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia. Mudah diperolehi di kedai emas.
.Pilihan keempat:
.
Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
.
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.
.Tip : Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil, saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold / Kelantan sebagai pilihan pertama. .

Tip : Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.
Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di Malaysia iaitu:


.1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

.
Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.

Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)
.Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook

Tip : Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.

Monday, March 8, 2010

5 SEBAB KENAPA PERLU MELABUR DALAM EMAS

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.



. Low - USD 255.39
· High - USD 1214.80
· Kenaikan emas selama 10 tahun = 375.66%
· Purata kenaikan emas selama setahun = 37.57%


Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

4) Aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes. 5) Tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

*apalagi sahabat semua, mulalah dari sekarang, anda pasti tidak akan rugi dan menyesal*

Tuesday, March 2, 2010

Pendapatan Aktif Atau Pasif: Yang Mana Pilihan Anda

Kebanyakan daripada kita hanya mendengar tentang istilah ini tetapi mungkin kurang mengetahui maksudnya yang sebenar. Para jutawan yang berjaya selalu menekankan serta begitu berminat bercakap tentang jenis pendapatan ini.
..
Berikut adalah penerangan ringkas mengenainya.
..
Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
..Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)
..Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.
..
Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!
..Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
..Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka!
..Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya dikategorikan sebagai aktif.
..Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakan daripada kita.
..Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif?
..
Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.
..
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
..
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda pertimbangkan :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
..
Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:
..Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?
 
*mulalah melabur dalam bentuk emas, 1 bulan 1 dinar* 
 
Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.
..
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti

Pendapatan Pasif (Definasi)


Definasi Pendapatan Pasif


Penasihat kewangan dan ramai jurulatih serta tokoh terkenal akan memberitahu anda yang untuk benar-benar mencapai kebebasan kewangan, anda mesti mempunyai pendapatan pasif yang cukup dan melebihi perbelanjaan anda. Bagus bunyinya, kan?...
Persoalannya sekarang ialah apakah dia pendapatan pasif dan bagaimana anda boleh memperolehinya?..
Bagi memudahkan, pendapatan boleh dibahagikan kepada empat kategori (walaupun ada yang kata lebih): pendapatan portfolio, pendapatan dituaskan, pendapatan aktif dan pendapatan pasif.
1 Pendapatan Aktif, seperti yang boleh anda bayangkan, adalah pendapatan yang memerlukan anda untuk muncul bagi mendapatkan upah, wang yang diperolehi hasil daripada tenaga dan masa individu itu sendiri. Inilah cara bagaimana kebanyakan orang menjalani kehidupan mereka – sebagai pekerja.
2 Pendapatan Portfolio merupakan faedah, dividend dan keuntungan modal yang datangnya daripada pemilikan saham, bon dan saham amanah.
3 Pendapatan dituaskan adalah dihasilkan apabila satu aktiviti daripadanya mampu menjana lebih banyak wang dengan menarik bilangan penonton yang disasarkan. Seorang penceramah di satu kursus atau persidangan sebagai contoh, mungkin sebolehnya berusaha untuk mengatur dan memberi ucapan kepada 20 orang seperti 1,000 orang tetapi boleh memperolehi lebih banyak wang dengan kumpulan yang lebih besar.
4 Pendapatan pasif ialah pendapatan yang memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan lagi dan lagi manakala penglibatan secara terus daripada pemilik bisnes makin berkurangan. Usaha awal ini seakan-akan anda mencipta mesin duit yang membawa masuk wang secara berterusan dengan penglibatan secara fizikal semakin berkurangan.
Seperti yang anda lihat, pendapatan aktif menghendaki dan memerlukan masa anda, walaupun anda boleh memperolehi kenaikan gaji dan juga kenaikan pangkat, pendapatan anda terhad kerana hanya terdapat anda seorang sahaja.
Dengan pendapatan pasif, bagaimanapun, anda boleh mencipta pendapatan dari pelbagai sumber dan terus untuk menambah lagi dan lagi mesin yang menjana wang.
Cuba kita lihat beberapa contoh yang boleh kita mulakan dalam usaha menghasilkan beberapa bentuk pendapatan pasif ini.
  • Aliran Tunai Positif Daripada Hartanah: Hartanah adalah apa yang kebanyakan orang fikirkan apabila bercerita tentang pendapatan pasif. Tetapi, ia hanya dianggap pendapatan pasif apabila sewa yang anda terima adalah lebih tinggi daripada pinjaman perumahan, cukai, kos penyelenggaraan dan perbelanjaan yang terlibat. Jika tidak, sewa hartanah anda hanyalah merupakan liabiliti. Anda juga boleh membuat wang dengan spekulasi terhadap kenaikan harga asset tersebut. Pendapatan pasif boleh dijana daripada hartanah kediaman ataupun komersil.
  • Menjadi Seorang Penulis: Daftar hakcipta bahan-bahan yang menghasilkan royalty, seperti buku atau e-book, muzik atau lirik, foto dan gambar merupakan satu lagi cara ramai usahawan mencipta pendapatan pasif.
  • Lesenkan Paten: Memiliki satu idea yang hebat ataupun sebuah ciptaan. Lesenkan ia dan perolehi bayaran bila-bila masa apabila seseorang menggunakan paten yang anda lesenkan.
  • Produk Bayar Untuk Guna: Mesin vendor, dobi menggunakan syiling, kedai permainan video dan unit stor boleh menghasilkan pendapatan pasif.
  • Bina Satu Laman Web Tempahan Pembelian Automatik: Bina satu laman e-dagang yang boleh secara efektif proses dan memenuhi pesanan dengan penglibatan yang sedikit daripada anda bagi menghasilkan beberapa pendapatan pasif.
  • Bina Satu Bisnes Yang Berjaya: Istilah ini bermaksud satu bisnes yang boleh dijalankankan dengan atau tanpa penglibatan yang banyak daripada anda. Berapa kerap, contohnya anda melihat pemilik francais McDonalds di lokasi? Satu francais yang menghasilkan satu aliran tunai yang yang positif dan mempunyai satu kumpulan untuk menjalankan bisnes adalah contoh menghasilkan pendapatan positif kepada pemiliknya.

Ingat bahawa pendapatan pasif tidak semestinya bermaksud tiada langsung penglibatan daripada anda. Banyak kali ia melibatkan satu pelaburan awal yang besar, tetapi ia menghasilkan lebih minimum penglibatan fizikal pemilik diperlukan selepas mesin wang anda telah stabil.
Juga, hanya kerana anda membuat pendapatan aktif v pendapatan sekarang tidak bermakna anda patut terus berhenti kerja dan mula memasang mesin vendor seluruh tempat.
Untuk memulakan pelbagai sumber pendapatan pasif anda perlu untuk teruskan memperolehi pendapatan aktif dengan niat untuk menukarkan pendapatan tersebut kepada pendapatan pasif dengan membeli hartanah yang boleh disewa dan lain-lain.
Apabila, bagaimanapun, pendapatan pasif anda lebih besar daripada perbelanjaan anda, barulah anda boleh membuat keputusan untuk berhenti memperolehi pendapatan aktif dan menghabiskan seluruh hidup anda dengan menikmati kebebasan kewangan.
*apalagi, mulalah menabung dengan emas*

Monday, March 1, 2010

Pinjaman Tanpa Faedah

KETIKA keadaan ekonomi yang tidak menentu pelbagai kaedah pinjaman wang dicari oleh pengguna sebagai cara mendapatkan wang pada kadar segera.
Selain ceti dan ah long, pajak gadai juga menjadi pilihan. Bezanya, mereka yang ke pajak gadai ialah daripada kalangan individu yang memiliki emas untuk dicagarkan.
Sayangnya, niat awal untuk menebus kembali barang yang dicagar mungkin tidak kesampaian menyebabkan ramai yang terpaksa melepaskannya walaupun ia barang berharga yang diwarisi turun-temurun.
Inilah antara kelemahan sistem pajak gadai kaedah konvensional.
Kewujudan pajak gadai di Malaysia bermula pada awal kurun ke-19. Sistem itu diperkenalkan oleh pendatang Cina yang bekerja di lombong bijih timah di Semenanjung Malaysia.
Ia dianggap sebagai salah satu cara bagi mendapatkan pinjaman tunai segera terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Sistem pajak gadai itu sangat popular kerana ia tidak memerlukan prosedur atau lebih mudahnya, perjanjian antara pemberi pinjaman dengan peminjam berlaku tanpa banyak kerenah.
Bagaimanapun, sistem tradisional itu membebankan peminjamnya apabila mengenakan kadar faedah yang tinggi, lebih-lebih lagi kepada umat Islam yang sememangnya tidak boleh melibatkan diri dengan sebarang amalan kewangan yang melibatkan riba.
Satu-satunya alternatif buat umat Islam ialah dengan menggunakan perkhidmatan pajak gadai Ar-Rahnu.
Skim Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.
Ia diperkenal oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (Ypeim) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 27 Oktober 1993. Yayasan itu bertindak sebagai pelabur utama dana, penyelaras sistem, latihan dan promosi manakala pelaksanaannya dilaksanakan oleh Bank Islam (M) Bhd.
Skim itu merupakan alternatif kepada orang ramai khususnya yang berpendapatan rendah dan mengalami kesulitan kewangan, khususnya untuk modal perniagaan secara kecil-kecilan.
Cagar mas
Ia juga sumber untuk membiayai pendidikan di samping membebaskan umat Islam daripada amalan riba dan manipulasi oleh pengamal pajak gadai konvensional yang tidak jujur.
Malah sebagai pelopor kepada sistem itu, ia dianggap mampu menjadi alternatif terbaik kepada umat Islam dan rakyat negara ini daripada terjebak dengan ceti haram dan ah long.
Bagi mereka yang masih belum memahami Ar-Rahnu, ia adalah sistem pajak gadai Islam yang membolehkan orang ramai yang memerlukan wang segera mencagarkan barangan kemas kepada pihak bank.
Ar-Rahnu merupakan satu bentuk perniagaan pajak gadai Islam yang menawarkan pinjaman tanpa faedah tetapi hanya sekadar upah simpan yang rendah.
Malah jumlah gadaian yang ditawarkan juga tinggi dengan tempoh gadaian yang fleksibel.
Bank lazimnya menawarkan kadar pinjaman sehingga 60 peratus (bergantung kepada bank) daripada nilai emas itu.
Para peminjam pula tidak akan dikenakan sebarang faedah di atas pinjaman itu sebaliknya pihak bank akan mengenakan upah simpanan berdasarkan nilai emas.
Sistem pajak gadaian yang berlandaskan hukum Islam itu memberi kelebihan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan.
Ia telah pun dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat misalnya memperkenal Skim Ar-Rahnu sejak 1993 dengan kerjasama YPEIM.
Menurut Pengurus Skim Ar-Rahnu Bank Rakyat Mohamad Sabri Mohamed Nor, sebelum ini orang ramai menghadapi pelbagai masalah ketika menggunakan khidmat pajak gadai konvensional kerana syarat-syarat bayaran balik yang ketat dan dikenakan faedah yang membebankan.
“Skim Ar-Rahnu di Bank Rakyat menawarkan pembiayaan bercagar sehingga RM5,000 dengan tempoh maksimum enam bulan yang dibayar sekali gus apabila tempoh itu berakhir,” jelas beliau.
Pihaknya turut menyediakan skim Az-Zahab iaitu membabitkan pembiayaan di antara RM5,001 hingga RM50,000 yang dibayar balik secara ansuran dengan tempoh maksimum tiga tahun.
“Skim Ar-Rahnu dan Az-Zahab berpotensi untuk muncul sebagai salah satu alternatif sistem pajak gadai berasaskan syariah atau konvensional yang sedia ada,” tambah beliau.
Kedua-dua skim itu yang digubal oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat dengan kerjasama YPEIM menawarkan pembiayaan secara Islam dan pelanggan dikenakan upah menyimpan barang cagaran berupa emas pada kadar yang berpatutan mengikut kiraan hari, katanya.
Menurutnya jika barang cagaran dilelong, harga lelongan dikembalikan kepada pelanggan selepas ditolak jumlah pembiayaan dan upah menyimpan, menjadikan skim itu lebih telus berbanding skim konvensional.
Kemudahan Skim Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu turut dikendalikan oleh Bank Islam dan Agrobank. Ia bukan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai berhutang, tetapi menyediakan kemudahan kewangan kepada orang ramai yang kesempitan wang.
Proses gadaian dilakukan secara telus iaitu di hadapan peminjam dan berdasarkan hukum syarak.
Selain dijamin daripada disalah guna, ia lebih selamat dan terjamin berbanding jika seseorang itu terpaksa mendapatkan khidmat pinjaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bernama
Tags: