Sunday, January 31, 2010

Tabiat Jutawan : Cintai Apa Yang Anda Lakukan

Soalan yang sering kali orang tanyakan tentang menjadi kaya ialah “Apakah kerjaya atau bisnes terbaik yang akan memberikan kita banyak wang?”
.Apakah industri terbaik untuk saya sertai sekarang?
.
Sebenarnya, anda akan dapati bahawa di dalam APA SAHAJA INDUSRI, terdapatnya kumpulan minoriti yang akan membuat wang yang banyak manakala majoriti akan bersusaha untuk meneruskan hidup.
.Jadi, jawapan kepada soalan tersebut ialah anda boeh menjadi seorang jutawan di dalam APA SAHAJA INDUSTRI, hanya jika anda adalah salah seorang yang terbaik!
..
.Jadi, bagaimana anda boleh menjadi yang terbaik di dalam pasaran?
Jawapannya ialah dengan menjadi sesungguh dan sepenuhnya seratus peratus komited terhadap kerjaya atau bisnes yang terlibat.
..
Semua individu yang berjaya mempunyai satu persamaan. Mereka menyintai apa yang mereka lakukan. Dan kerana mereka mempuyai sebegitu ghairah terhadap kerjaya atau bisnes yang tertentu, mereka tidak membezakan antara kerja dengan bermain.
..Kerja mereka merupakan satu permainan dan begitu juga sebaliknya. Hasilnya, mereka menghabiskan setiap hari dan setiap waktu kerja (pada mereka itu bukannya kerja) dan sebab itu mereka menjadi begitu bagus dengannya yang mana mereka menajdi peneraju pasaran dan juga pakar.
..Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa Bill Gates, antara manuasia terkaya di muka bumi kini bernilai US$46billion masih lagi bekerja 18 jam sehari, setiap hari?
..Kenapa tidak sahaja beliau cuma lepak dan berehat di tepi pantai?
Sebabnya ialah seperti kesemua jutawan yang lain, apa yang mendorong beliau ialah bukan semata-mata kerana wang; ia mengenai keasyikan untuk "Meletakkan sebuah komputer di setiap rumah menggunakan perisian Microsoft” yang menjadikan Bill Gates terbaik di dalam bidang tersebut.
..
Ramai orang yang mempunyai tanggapan bahawa jutawan merupakan orang yang secara semula jadinya lebih bermotivasi, berdisiplin dan fokus. Sebenarnya, apabila seseorang melakukan sesuatu yang dicintai, motivasi, focus dan disiplin selalunya datang secara sendiri.
..
Jika anda dapati anda kekurangan motivasi dan disiplin untuk berjaya dalam apa yang diusahakan, sebabnya adalah sangat jelas. Ia bukannya minat anda.
.
Fikirkan sejenak.
.Adakah anda mempunyai minat semula jadi kepada sesuatu? Adakah anda mempunyai hobi? Suka bermain golf? Permainan komputer? Bolasepak? Bermain dengan kanak-kanak? Tidakkah anda perasan yang bila mana anda lakukan apa yang anda sukai, satu tenaga mengalir tanpa henti?
..Ia seumpama, walau sepenat mana sekalipun, anda akan selalu mempunyai tenaga untk melakukan apa yang anda cintai dan gemari. Jadi, inilah rahsia yang akan membawa kepada kejayaan dan kekayaan anda.
..
Anda perlu mencari sesuatu yang anda sangat minati dan bina kerjaya dan bisnes di sekelilingnya.
..
Lakukannya, anda akan dapati yang anda akan semula jadinya fokus, komited dan bertenaga untuk menjalankannya. Apabila anda berikan yang terbaik terhadap apa sahaja yang anda gilai ,anda akan menjadi yang terbaik! 
*EMAS, TAK KENAL MAKA TAK CINTA, SUDAH KENAL LAIN CERITA*

Apa yang anda perlu buat untuk menjadi jutawan?

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire?
Anda ingin menjadi jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!
..1 Jutawan kerja > 70 seminggu.
Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja <40>
..
2 Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!
..
3 Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
..
4 Jutawan banyak membaca. Leaders are readers.
Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.
..
5 Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati.
Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.
..
6 Jutawan banyak memberi.
Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah untuk anda!
..
7 Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan.
Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
..
8 Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap!
..
Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya. Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke kelab jutawan!
..
Anda telah melalui langkah pertama dan besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire" edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara. Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain.
..
Kata-kata berbunyi "Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.
*NAK JADI JUTAWAN ,CEBURILAH DENGAN EMAS*

FORMULA MEMBINA KEKAYAAN

Bagi kebanyakan orang, konsep mencapai kekayaan adalah sesuatu yang asing. Kita memandang kepada orang kaya dengan perasaan takut tetapi memujanya pada masa yang sama dengan perasaan iri hati, kadang-kadang dengan perasaan cemburu. Kita berpendapat kekayaan sebagai sesuatu yang tidak mungkin dicapai. Sesuatu yang berlaku kerana nasib atau hanya untuk mereka yang sangat pintar.
.
Kita semua tahu bahawa memiliki sejumlah wang yang banyak bukannya satu isu tetapi apa yang kita lakukan dengan wang tersebut yang diambil kira. Hakikatnya ialah kita semua ingin menjadi kaya. Dan kita semua boleh menjadi kaya. Tetapi bukan semua orang yang menginginkannya.
.
Ini kerana anda perlu berfikir di luar kotak. Ia memerlukan yang anda memperlakukan wang anda secara berbeza berbanding dengan orang biasa selalu lakukan.

.
Bagaimana orang biasa selalu memperlakukan wang mereka?
.
Kita membelanjakan keseluruhan gaji gaji ke atas sesuatu yang tidak boleh menghasilkan lebih banyak wang kepada kita. Untuk mendapatkan lebih banyak wang, kita perlu menunggu gaji yang berikutnya. Kita juga selalunya menukarkan masa kita dengan seseorang bagi mendapatkan wang daripada mereka bagi mempastikan kita memperolehi upah. Realiti yang sebenar ialah : Membina kekayaan bukanlah misteri, ia satu formula.

.
Untuk membina kekayaan, anda memerlukan sedikit wang. Dan selalunya, ia sememangnya datang kepada kita dalam bentuk pendapatan daripada gaji. Untuk mencapai kekayaan, kita perlu memberikan tumpuan kepada apa yang kita lakukan dengan pendapatan tersebut.
.
Kita perlu tumpukan kepada perbelanjaan-perbelanjaan kita. Ini kerana wang yang kita keluarkan kepada perbelanjaan-perbelanjaan tersebut akan sama ada membina kekayaan (aset) atau membina hutang (liabiliti).

.
Kekayaan adalah pengalaman yang mana memiliki lebih banyak aset berbanding liabiliti. Dan formula untuk membina kekayaan memerlukan anda memilih untuk membina lebih banyak aset berbanding liabiliti.
.
Sekarang, kita semua mempunyai perbelanjaan wajib yang mana perlu dibelanjakan daripada pendapatan kita. Selepas segala perbelanjaan ini dibayar, kita berdepan dengan pilihan apa yang perlu dibuat dengan bakinya :

.
-kita boleh membelanjakannya
-kita boleh membina hutang dengannya atau
-kita boleh membina kekayaan daripadanya
.
Kitalah yang menetukan apakah pilihan yang terbaik.yang paling penting, lakukan sahaja!
*ADA EMAS ANDA REMPIT*

Friday, January 29, 2010

5 Rahsia Perlu Dingati Sampai Bila-Bila

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.
.
Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.
.
Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.
 
Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
.

Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya disini?
.Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.
.
Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.
.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaannya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda..
Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar
.Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.
.Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!
Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianyamembawa kita kepada...
.Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
.
Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."
.Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai di situ sahaja.
.Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.
.
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
..Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.
.Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya. Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.
.
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
.
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.
.Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.
.Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.
.Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.
.Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
.Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara di atas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.
 
*apa lagi teruskanlah tambah pelaburan emas anda*

Pelaburan Emas Manakah Yang Terbaik?


.
Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik / sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan anda.
.
Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas / membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak?
.
  • Modal anda besar atau kecil?
  • Ada masalah menyimpan tak?
.Posting ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran sama ada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.
.1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?
.Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:
.1. Syiling emas
2. Gold bar
.
Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.
.
Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibelidan dijual balik.
.Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz). Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:
.
- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin

.Pilihan ketiga:

a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)
.
Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)

.
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia. Mudah diperolehi di kedai emas.
.Pilihan keempat:
.
Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
.
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.
.Tip : Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil, saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold / Kelantan sebagai pilihan pertama. .

Tip : Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.
Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di Malaysia iaitu:


.1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

.
Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.

Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)
.Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook

Tip : Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.

*selamat menjana keemasan*

BAGAIMAN SI KAYA BERBELANJA

Baiklah kali ini saya nak ceritakan tentang bagaimana sikap dan
tabiat berbelanja mereka yang bergelar jutawan.
Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan bahawa mereka yang bergelar
jutawan ini berbelanja mewah bukan?
Sebenarnya tak semua di kalangan mereka ini berbelanja mewah,
ada di antara mereka ini yang cukup berhemat ketika berbelanja.
Mungkin anda pernah mendengar nama Mydin bukan?
Alaa…gedung borong beli belah yang terkenal dengan tagline
“Kenapa Bayar Lebih…”
Tahukah anda? Datuk Ameer Ali Mohamed Mydin, Pengerusi Mydin Mohamed Berhad Holdings (yang juga anak kepada pengasas Mydin, Mydin Mohamed) sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat dan bersederhana dalam perbelanjaan beliau.
Setiap kali berada di tempat makan beliau hanya akan memesan air kosong. Katanya, ia bukan sahaja menjimatkan bahkan menyihatkan tubuh badan.
Nah, lihat! Betapa mereka yang sudah bergelar jutawan tahu untuk hidup sederhana dan berjimat cermat.
Bagaimana pula dengan pembaca semua?
Sudahkah anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan harian?
Apa pun keadaan ekonomi anda ‘PENJIMATAN’ mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.
Jika anda serius untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda maka anda perlukan satu panduan yang benar-benar efektif untuk dilakukan bagi memulakan langkah penjimatan.

Wednesday, January 27, 2010

Rahsia Kekayaan Dari Formula 70/30


Saya akan kongsikan dengan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka yang telah berjaya dalam hidup.
Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda.
Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?
Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:
70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realistik.
Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.
Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!
-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan!
-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus,
beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.
-10% terakhir (RM200) anda SIMPAN untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika anda MENYIMPAN RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, SIMPANAN anda bakal mencecah:
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.
Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan.Ini mungkin juga kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demi masa depan.
Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, saya sarankan kepada anda, sila ikut Formula 70/30 mulai hari ini. Mulakan PENJIMATAN hari ini juga untuk mulakan SIMPANAN anda.

Ramai gagal menyimpan, pendapatan tidak mencukupi

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Biarpun para pengguna merentasi Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika semakin yakin terhadap ekonomi enam bulan akan datang, tetapi pengguna Malaysia pula adalah sebaliknya.
Di Malaysia, ketidaktentuan ekonomi telah mendorong para pengguna mengekal atau meningkatkan tahap simpanan untuk perbelanjaan kecemasan.
Berdasarkan Tinjauan MasterCard, hampir 90 peratus golongan pengguna yang berumur 18 hingga 29 tahun begitu berhati-hati dengan simpanan untuk kegunaan ketika terdesak.

Majoriti pengguna di Malaysia iaitu 32 peratus merancang untuk menyimpan antara satu hingga 10 peratus daripada pendapatan dalam tempoh enam bulan akan datang.

Tiga kategori utama simpanan itu ialah persaraan (59 peratus), pelaburan (38 peratus) dan membeli atau menaik taraf hartanah (29 peratus).
Tinjauan itu dijalankan pada 1 Oktober hingga 9 November 2009, membabitkan 10,623 pengguna di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.
Melalui hasil tinjauan itu didapati ketidaktentuan ekonomi dan perbelanjaan kecemasan merupakan sebab utama yang menyebabkan pengguna merancang untuk meningkatkan simpanan mereka.
Filipina yang mewakili 91 peratus pelanggan yang mempunyai sikap berhati-hati yang tinggi terhadap ketidakstabilan ekonomi berbanding Morocco (30 peratus).
Majoriti pelanggan serantau menyimpan sehingga 10 peratus pendapatan mereka, 23 peratus lagi memperuntukan 11 hingga 20 peratus simpanan mereka untuk tujuan sama.
Hanya lima peratus sahaja pengguna serantau tidak membuat sebarang simpanan.
Lebih menarik, golongan mudah merupakan pengguna yang mempunyai semangat tinggi terhadap simpanan dengan 84 peratus pengguna di bawah umur 30 tahun mahu menyimpan berbanding 81 peratus dari kalangan yang berumur 30 hingga 44 tahun.
Penasihat Ekonomi Asia Pasifik MasterCard Worldwide, Dr. Yuwa hendrick-Wong berkata, daripada perspektif ekonomi, keutamaan kepada simpanan boleh dikategorikan kepada dua aspek, satu simpanan untuk perbelanjaan masa depan seperti pembelian atau menaik taraf hartanah dan persaraan.
”Jenis kategori ini akan terus menjadi tabiat utama menyimpan di rantau Asia Pasifik,” katanya.
Satu lagi adalah mereka yang menyimpan sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan pada masa depan kerana berhati-hati dengan unjuran ekonomi jangka sederhana.
Ini disebabkan kefahaman bahawa kemeruapan pasaran berada dalam keadaan tidak stabil, tambah Hendrick-Wong.
Dalam pada itu, tinjauan itu juga mendapati punca utama pelanggan kurang menyimpan adalah disebabkan pendapatan tidak mencukupi (55 peratus), inflasi tinggi (34 peratus) dan kadar faedah yang rendah (15 peratus).
sumber: Utusan online

Simpanan membentuk kekayaan



Anda tak akan kaya jika anda tidak MENYIMPAN!
Anda tak boleh MENYIMPAN jika anda tak tahu BERJIMAT!
Anda tak boleh BERJIMAT jika anda tak tahu CARANYA!
Antara kata-kata pakar kewangan:


"Saya tidak perlu mengupas lebih panjang lebar tentang simpanan, ini kerana simpanan adalah asas kekayaan. Kunci kekayaan bukan pada pendapatan tetapi pada simpanan,rahsia kekayaan bukan bergantung kepada berapa banyak pendapatan anda tetapi berapa banyak yang boleh anda simpan dari pendapatan anda."


“It’s not how much you make but how much you keep”.

Lebih banyak simpanan anda secara automatik pendapatan anda akan meningkat. Jika anda masih tidak tahu bagaimana untuk menyimpan atau bagaimana simpanan dapat membantu anda, sampai bila-bila pun anda tidak akan senang tidak kira berapa banyak pendapatan anda sekalipun, anda akan menghabiskan banyak masa bekerja untuk mendapatkan pendapatan lebih dan terus membuang masa dan tenaga anda, tanpa anda sedari masa berlalu apa yang ada didepan anda hanyalah barangan yang tidak bernilai yang mana wang anda telah dihabiskan, kini yang ada hanyalah sisa-sisa kehidupan di hari tua yang penuh dengan kegelapan.
Mereka yang mempunyai simpanan hidup lebih senang dan selesa di hari tua ketika mereka tidak boleh lagi bekerja, mereka masih boleh menjalani kehidupan tanpa perlukan bantuan sesiapa, hidup tenang tanpa beban kewangan.
Simpanan adalah asas kepada kekayaan. Mahu memaksimumkan simpanan anda dengan pantas?

Penjimatanlah caranya!
Banyak CARA dan JALAN untuk berjimat, tapi kita tak selalu perasan.. Setiap bulan anda akan mendapat gaji. Dari gaji tersebut anda membelanjakan wang anda bagi memenuhi keperluan hidup seharian anda. Mungkin antara belanja wajib yang perlu anda belanjakan adalah seperti di bawah:
  • Belanja dapur
  • Minyak kereta
  • Ansuran kereta
  • Sewa rumah
  • Bil Elektrik
  • Bil Air
  • Bil telefon
  • Bayaran pinjaman
  • Bayaran kad kredit Dan lain-lain

Jika di lihat dari senarai di atas mungkin anda tidak tahu bahagian mana boleh anda kurangkan supaya pengeluaran wang anda dapat dikurangkan kerana secara majoritinya jumlah yang perlu dibayar memang tidak boleh dikurangkan lagi.
Bagi anda yang sememangnya mempunyai gaji besar dan mempunyai lebihan wang sudah pasti anda tidak mengalami masalah dalam menghadapi kehidupan seharian namun bagi mengambil langkah persedian zaman gawat anda juga perlu untuk mengurangkan pengaliran keluar wang anda.
Bagi anda yang boleh kata setiap bulan cukup-cukup makan sahaja perbelanjaan wang anda, anda harus ambil perhatian. Anda seumpama telur di hujung tanduk. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka anda berada dalam keadaan yang tidak selamat. Mengurangkan pengaliran keluar wang anda adalah sesuatu yang wajib. Apatah lagi anda yang sentiasa garu kepala pening memikirkan wang yang tidak cukup setiap bulan.
Mahu tidak mahu, susah atau senang anda terpaksa memaksa diri anda melakukan penjimatan dan seterusnya mengurangkan pengaliran keluar wang anda. Apa pun keadaan ekonomi anda ‘PENJIMATAN’ mampu membantu anda mengurangkan pengaliran keluar wang anda.

Monday, January 25, 2010

SIMPAN DINAR UNTUK TURUNKAN KOS UMRAH DAN HAJI. BAGAIMANA?

Ya, memang benar. Disebabkan kesan daripada nilai emas di pasaran dunia semakin naik dari tahun ke tahun, maka begitu juga nilai dinar turut akan naik. Marilah kita lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun.


Bahkan, prestasi harga emas untuk 10 tahun naik sehingga 398% dan purata 25% - 37% setahun. Berikut contoh prestasi harga untuk 2009 cecah 37%:
Harga Emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 /Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 /Oz

Sumber : http://www.lbma.org.uk/ (klik sini)

Cuba lihat jadual perbandingan harga dinar dari PublicDinar dibawah:

Kemudian, mari kita tengok sedikit kajian yang dilakukan oleh Ust Rafidi Hashim (dinar2dirham.com) bagaimana kos haji akan turun jika dinilai dengan Dinar Emas:

Rujuk graf di atas tahun 2002, kos Haji adalah setara dengan 63 dinar. Manakala, pada tahun 2009 kos Haji hanya setara 21 dinar jika dibandingkan dalam RM. Wah! hebat betul sebanyak 66% kos Haji dapat dikurangkan. Tidak mustahil jika 21 dinar sekarang (2010) jika disimpan selama 5 atau 6 tahun akan datang sudah cukup untuk membiaya 2 orang bakal haji.
Kepada sesiapa merancang untuk menunaikan umrah atau haji dalam masa 5 tahun dari sekarang. Nah! simpanlah dinar Emas sekurang-kurangnya 3,4 keping setahun.
TERIMA KASIH KEPADA TUAN HAJI KAMARUDIN AMBAK (reimei)  KERANA MEMBENARKAN AKU CILOK POSTING DIA..)
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI AKU DAN PEMBACA BUDIMAN SEKALIAN.AMIN.

Saturday, January 23, 2010

PANADOL MERBAHAYA


JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN,


ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya …


“ Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. .
Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita
. Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Alternative Treatment ( Tips )


Seperti kata doktor tersebut,
s akit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel ota k .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.


Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.
Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “ painkiller ” ,
semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.



Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “ biasa ” ini ke dalam mulut anda. 

Click Me!
Sumber :-
http://www..omaQ. org

Friday, January 22, 2010

SEBIJI SEHARI DAPAT MENJAUHKAN DOKTOR.....

Khasiat Buah Pisang

Perhatian:



Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”



PS: Kesimpulannya, pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia tiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

terima kasih kepada..
pu3mawarbduri

Thursday, January 21, 2010

Sejarah wang USA: Ianya adalah emas dan perak

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia,

Satu fakta yang menarik mengenai wang. Apa itu wang dan mengapa wang mempunyai nilai. Untuk memahami perkara ini kita kena belajar daripada sejarah. Ini kerana sejarah tidak pernah menipu.

Ia juga membuktikan bahawa penggunaan wang fiat (wang yang tidak disandarkan pada aset bernilai) akan merosakkan ekonomi sesebuah negara dalam jangka masa panjang.

Kesimpulannya adalah,
1. Wang yang sebenarnya ialah emas dan perak.
2. Wang kertas yang dikeluarkan dahulu sebenarnya disokong oleh emas dan perak.
3. Wang kertas yang disandarkan dengan nilai emas dan perak adalah sangat stabil.
Inflasi tidak akan berlaku kerana bilangan emas dan perak yang terhad.
4. Apabila wang kertas tidak lagi disandarkan dengan emas dan perak,
maka nilai wang akan jatuh. Ini kerana wang kertas boleh dicetak
sewenang-wenangnya menyebabkan banyak wang kertas yang akan masuk
kedalam pasaran.
5. Penggunaan wang fiat memang akan memudaratkan ekonomi dan masyarakat
dalam jangka masa panjang.

Oleh yang demikian, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kekayaan sebenar terletak pada emas dan perak, bukannya wang kertas.

Oleh sebab itu, saya menyeru pembaca sekalian untuk menyimpan emas.

Dengan menyimpan emas, kita sebenarnya menyimpan kekayaan sebenar.

Wednesday, January 20, 2010

Ketulenan Emas

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000

TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN

Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan. Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambang pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.

PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.
Posted by Perunding Pelaburan Emas & Perak
salam takzim....

Masalah wang tidak cukup, banyak hutang dan tiada simpanan yang stabil?

Salam hormat ANDA,

Adakah ANDA pening dengan musim
kegawatan ekonomi kini yang menyebabkan semua
harga barang naik mendadak? Tiada siapa pun yang
gembira dengan kenaikan harga barang ini kini. Apa
tidaknya, dahulu ANDA asalnya tiada
masalah dalam urusan perbelanjaan bulanan
ANDA kini terpaksa berhati-hati dan
mencatu perbelanjaan ANDA. Jika silap
langkah, buruk padahnya!

Saya percaya ANDA sedang berusaha
mencari pendapatan sampingan untuk menampung kos
kenaikan perbelanjaan ANDA seharian. Apa
yang ANDA buat untuk menambah pendapatan
ANDA?

Baru-baru ni ada berita kecoh mengenai skim cepat
kaya melalui skim pelaburan emas. Ramai orang
dengan mudahnya ditipu oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab ini. Mereka ditawarkan dengan
kaedah pelaburan emas mudah di mana mereka hanya
perlu memberi modal kepada mereka untuk
dikembangkan dalam pelaburan emas. Mereka
dijanjikan, apabila sudah berikan modal, hanya
duduk diam dan wang besar akan masuk ke akaun
mereka. Ramai percaya dengan janji manis yang
ditawarkan.

Impian mereka hanya satu, dapat
menyelesaikan masalah kewangan mereka dan
seterusnya menjadi kaya. Apa yang mereka dapat?
Kesudahannya mereka sudah ditipu. Wang pelaburan
lesap bersama dengan penganjur skimnya. Sudah
jatuh, ditimpa tangga pula. Sudah la banyak
hutang, wang besar yang dilaburkan hilang bersama
angin! Bukannya mudah untuk mencari wang...


Salam sukses,
(copy dari)
JaMaL – Team Rahsiaemas http://rahsiaemas.com

Tuesday, January 19, 2010

terima kasih....

salam semua... blog pertama yg x seberapa,terima kasih yg tak terhingga kepada saudara mohd nor effendi bin shamsuddin kerana sudi meluangkan masa kongsi ilmu sehingga aku dapat blog pertama ini,terima kasih daun keladi,....